Khamis, September 28, 2017

“Bukan Tempat Makan Minum Orang Islam”


“Bukan Tempat Makan Minum Orang Islam”





Di Negara Brunei Darusslam, mana-mana restoran/kedai makan yang tidak memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Pemilik orang Islam
2. Pengurus orang Islam
3. Pekerja orang Islam

Pada lazimnya akan dilabel/ditanda dengan "Bukan Tempat Makan Minum Orang Islam."




Di Negara Brunei Darussalam, kita akan dapat melihat kedai makan/ restoran 'tertutup', yang di depan pintu masuk premis tersebut ada papan notis berwarna merah dengan tulisan putih “Bukan Tempat Makan Minum Orang Islam”. (Menulis post ini saya rasa ralat kerana tidak ada menyimpan gambar kedai makan/ restoran seperti itu. Cuba mencari di Google pun juga tidak menemuinya).

Jika ke pasar raya atau kedai runcit milik non-muslim, produk non-halal diletakkan di satu bahagian khusus dan tertutup. Dengan ada kaunter pembayaran yang khusus juga.

Alhamdulillah, selama saya hidup di Brunei tidak terdengar apa-apa isu atau masalah yang timbul kerana peraturan-peraturan tersebut di atas di kalangan rakyat Brunei ataupun penduduk yang tinggal di Brunei mahupun pelancong yang datang ke Brunei.

Di bawah saya lampirkan beberapa gambar dan petikan yang berkaitan “Bukan Tempat Makan Minum Orang Islam” dari buletin Al-Hadaf Tahun 3 Bilangan 1. Ramadan-Zulhijjah 1419/ Januari-Mac 1999 terbitan Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.




"Mana-mana restoran/kedai makan yang tidak memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Pemilik orang Islam
2. Pengurus orang Islam
3. Pekerja orang Islam

Pada lazimnya akan dilabel/ditanda dengan "Bukan Tempat Makan Minum Orang Islam."
-------------------
Restoran dan kedai-kedai makan bukan Islam di negara kita (Brunei Darussalam), sudah lama dilabel: “Bukan Tempat Makan Minum Orang Islam”. Label ini berunsur pimpinan, irsyâd atau pemberitahuan kepada orang-orang Islam, bahawa mereka janganlah makan minum di tempat-tempat berkenaan, namun label itu tidak mempunyai kuatkuasa undang-undang. Dalam makna yang lain, kalau ada orang Islam makan minum juga di tempat-tempat berkenaan, tidak ada peruntukan undang-undang untuk mengenakan hukuman ke atas mereka.

Tujuan label ini jelas, untuk memandu dan memelihara orang-orang Islam supaya memakan hanya makanan yang halal, bukan yang syubhah, jauh sekali yang haram. Tidak payahlah diperdebatkan, jauh sekali ditengkarkan sesama Islam. Kecuali oleh orang-orang yang keras hati. Tanda keras hati itu apabila seseorang Islam menasihati saudaranya, lalu saudaranya itu berkata: “Aku tidak perlu nasihat …”, “aku punya suka …”, “orang lain apa peduli” dan lain-lain lagi seumpamanya.

Mengenai restoran atau kedai makan yang ditanda “Bukan Tempat Makan Minum Orang Islam”, diharapkan akan dihormati oleh orang-orang Islam sendiri. Bilamana kita menghormatinya, bermakna kita menghormati diri kita sendiri dan menghormati agama kita yang suci, serta juga bererti kita membawa dan mengajak orang-orang lain itu turut menghormatinya. Jadi bayangkanlah, manakala kita orang Islam sendiri tidak hormat dan tidak ‘ingau’ (peduli) terhadap peraturan yang kita buat sendiri, bagaimanakah boleh diharapkan orang lain akan menghormatinya?

Di samping itu pihak-pihak yang berautoriti di dalam kerajaan Islam pula patutlah mengambil langkah-langkah munasabah di segi perlaksanaannya, supaya tidaklah ia akan tinggal tanda semata-mata tanpa memberi apa-apa makna, atau lebih malang lagi akan menjadi sendaan belaka.

(Sumber: Buletin Al-Hadaf Tahun 3 Bilangan 1. Ramadan-Zulhijjah 1419/ Januari-Mac 1999 terbitan Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam)







................................................................................................
16 tahun pengalaman saya mengajar Al-Quran sejak
tahun 1999. Insya Allah, di Facebook
'Pendidikan Al-Quran Kanak-kanak'
(www.facebook.com/pandaimuqaddam)
saya berkongsi ilmu, maklumat, tip,
panduan dan pengalaman.
Khususnya untuk para ibu ayah
menjadi guru pertama kepada anak.
Guru pertama yang mengajar tentang
Islam dan Al-Quran di rumah
bermula sejak anak berusia satu (1) hari.

Norudin Draman UstazCahaya
www.ustazcahaya.blogspot.my

Facebook Page:
Dari Blog UstazCahaya
www.ustazcahaya.my

Rangkaian Media Sosial:

Facebook | Instagram | Twitter
@ustazcahaya
#ustazcahaya

Whatsapp | Telegram
016-8472303

Email:
ustazcahaya@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan